Iman Al-Ghazali = Apakah yang paling dekat dengan diri kitadi dunia ini?
Murid 1 = Ibu bapa
Murid 2 = Guru
Murid 3 = Teman
Murid 4 = Kaum kerabat
Iman Al-Ghazali = semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Suruh Ali-Imran:185)
Iman Al-Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = Negara cina
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang-bintang
Iman Al-Ghazali = Semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimana kita,apapun kenderaaan kita,tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dangan ajaran agama islam.
Iman Al-Ghazali = Apakah yang paling besar di dunia ini?
Murid 1 = Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi
Iman Al-Ghazali = Semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling besar adalah HAWA NAFSU.
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka jahanam.
Iman Al-Ghazali = Apakah yang paling berat di dunia ini?
Murid 1 = Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah
Iman Al-Ghazali = Semua itu benar.Tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.
Tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Alllah S.W.T. meminta mereka menjadi Khalifah pemimpin di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T. sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagl memegang amanah.
Iman Al-Ghazali = Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 = kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun
Iman Al-Ghazali = Semua jawapan kamu itu benar.Tetapi yang paling ringan ekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU.
Gara-gara pekerjaan kita dan urusan dunia,kita tinggalkan solat tanpa rasa berdosa kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T..
Iman Al-Ghazali = Apakak yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab = Pedang
Iman AL-Ghazali = Itu benar.Tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Kerana melalui lidah,manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.
"Sampaikanlah Walau satu ayat"..
"Fikir-fikiranlah adakah kita tergolong dalam kumpulan yang tersebut"
-Segala yang lemah itu adalah dari kelemahan saya sendiri dan segala kelebihan itu adalah dari Allah S.W.T.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan