Isnin, 19 Oktober 2009

Rahsia Disebalik Perkataan Islam Dan Waktu Solat

I - Solat Waktu Isyak
S - Solat Waktu Subuh
L - Solat Waktu Luhur/Zohor
A - Solat Waktu Asar
M - Solat Waktu Maghrib

Jika kita menunaikan solat 5 waktu sehari semalam maka akan terjadilah perkataan ISLAM. Tetapi cuba kita berfikir jika kita meninggalkan salah satu dari waktu solat 5 waktu tersebut apakah perkataan yang akan terjadi? Itu jika kita meninggalkan salah satu darinya.Cuba kita fikir jika kita langsung tidak menunaikan solat 5waktu ? Layak ke kita ini dikatakan sebagai seorang yang beragama islam, sedangkan kita tidak pernah menunaikan kewajiban kita sebagai hamba ALLAH.ISLAM itu juga berdiri daripada 5 Perkara yang wajib kita menunaikan sebagai khalifah ALLAH DIMUKA BUMI INI iaitu:-

Rukun Islam
  • MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH.
  • MENUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM.
  • BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
  • MENGELUARKAN ZAKAT.
  • MENGERJAKAN HAJI BAGI YANG MAMPU.
Cuba kita tanya pada diri kita sudahkah kita menunaikan kewajiban kita ini.Jika kita tidak pernah menunaikannya atau meninggalkan salah satu darinya layakkah kita dikatakan seorang yang beragama islam, sedangkan kita tidak pernah menunaikan kewajiban kita sebagai hamba citaan Allah,yang kita semua tahu sibuk mencari kemewahan dunia dan nafsu kita sahaja.Sedangkan itu semua hanyalah sementara sahaja dan segala apa yang kita ada selama ini hanyalah pinjaman dari ALLAH sahaja.Tidak malukah kita kepada ALLAH,kita meminjan semuanya kepunyaan ALLAH malah kita masih lagi meminta-minta dari-NYA,supaya cepat kaya,banyak harta minta itu minta ini dan sebagainya.Tidak salah kita meminta dari ALLAH.Tetapi pernahkah kita bersyukur dari apa yang kita dapat dan menunaikan segala suruhan-NYA dan menjauhi dari segala larangann-NYA.Jika ada Alhamdulillah,jika tiada hanya kita dan allah sahaja yang tahu.Layak kah kita dikatakan BERAGAMA ISLAM atau Hanya ISLAM PADA NAMA DAN KETURUNAN SAHAJA.....

MARILAH KITA SAMA-SAMA FIKIRKAN DIMANAKAH KITA........?

"Segala yang baik dan sempurna itu semuanya dari ALLAH dan segala yang kurang dan lemah itu datangnya dari saya sendiri"

-Jika terdapat sebarang kesalahan dari penulisan dan kefahaman tentang agama,saya berharap dapatlah menegur saya dan perbetulkannya.sesungguhnya saya amat lemah tentang agama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan